BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday

Salam ingatan

 Assalamualaikum..

Apa khabar semua ? sudah lama saya tak update blog ...sekarang ni busy siket.. tapi selepas SPM dulu , masa ada waktu free malas lah pula nak update.. hehe.. sebenarnya banyak benda saya nak cerita dekat sini , tapi sekarang ni mungkin cerita tu telah basi .. tapi takpe , saya nak cerita juga sebagai kenangan buat saya ..hehe.. sekarang ni umur saya semakin meningkat dah.. haish 18 tahun dah ... ye ke ? rasa tak percaya pulak.. tapi saya lahir bulan 12 , tak lah terasa tua sangat.. haha..perasan lah pulak..saya rindu zaman persekolahan saya.. rindu sangat2..kalau lah masa boleh diundur kan best.. tapi jangan berangan lah qila oi, mana boleh diundur masa tu.. kalau lah masa tu boleh diundur , akan ku putar masa tu jadi waktu zaman kanak2 dulu.. hehe.. tak banyak sangat benda kena fikir.. tapi x kan lah kita nak jadi kanak2 je.. tak matang2...okey lah malas dah nak melalut benda2 yang karut.. hehe.. ni entry permulaan untuk tahun ni , mak oi . lame gler tu qila oi kau tak update blog ni.. kalau lah benda alah ni boleh bercakap dah lama dah dia suruh aku update .... sabar lah wahai blog ku yang tercinta , kalau aku rasa kerajinan aku datang untuk ambil kisah tentang kau.. akan ku update blog ni.. kalau aku rasa malas tu.. kemalasan aku telah bertandang lah tu.. tapi takpe wahai en blog yang ku sayang , aku sentiasa ingatkan kamu walaupun aku tak ambil kisah tentang kamu..sayang kamu wahai en blog..nanti entry2 akan datang aku akan story mory lah apa yang aku suka...


okay.. wassalam...

Friday

Berwajah baru..

Assalamualaikum semua...
      kali ini blog aku telah bertukar wajah lagi..hehe..asyik2 tukar layout,tak tetap pendirian sungguh..hehe.nak buat macam mana bila tengok blog orang lain,rasa semangat nak hias blog berkobar-kobar datang.tapi,bila mula mencari jadi rambang mata .tengok desingn yg cantik-cantik..alih-alih pilih yg biasa jer..nak buat macam mana ni,hari-hari rasa nak update blog..padahal spm nak dekat dah.huhu..help me!!tapi takpe cuma post pendek jer..okey lar out dulu..salam..

Thursday

Tinggal bertiGA!!

         Assalamualaikum semua..
 kepada semua pembaca blog aku ni,di sini aku ingin memohon sejuta kemaafan kepada kalian semua kerana telah lama aku tidak update blog ni..maklumlah busy sikit.hehe..apa khabar semua?aku harap semua pembaca blog aku ini sentiasa sihat walafiat dan dirahmati Allah swt selalu..ameen..hari ini aku dan 2 orang lagi adik aku alyaa dan hanis kena duduk rumah sebab umi,aboh,adik aku pergi melawat mak cik dan pak cik aku di kuantan..aku dan adik aku telah sepakat membuat keputusan tak nak join mereka sebab naik kereta lama2 ni boring..hehe..lagipun banyak lagi homework tak siap padahal cuti sekolah nak buka dah..huhu..pada mulanya kita orang rasa nak pergi ,tapi bila memikirkan banyak lagi benda yg kena dibereskan,so kita orang tak jadi ikut lah..tak pe lah,kejap2 lagi sampailah umi,aboh serta adik bongsuku  ni..semoga mereka selamat pulang dengan baik..

      cuti ni banyak sangat homework yg perlu dibuat..tak boleh bercuti sakan lah jawabnya..dengan kelas tambahan lagi..huhu..takpe,demi masa depanku juga..aku kan nak jadi seorang pelajar yg cemerlang..Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan jadikanlah aku seorang anak yg baik,pelajar yg cemerlang..amin..
     aku rasa sampai sini lah dulu aku update blog ni,actually banyak lagi benda yang aku ingin ceritakan tetapi masa sangat mencemburui aku..huhu.salam..

Monday

FIZIK...CHEMISTRY...BIOLOGY...

Assalamualaikum semua...
    Sudah sangat lama aku tidak mengupdate blog ini..sebenarnya,kalau ikutkan jari aku ini ingin jer menari di atas keyboard laptop ni..tetapi,hati aku kuat mengingatkan aku dan menghalang perasaan aku dari memasukkan entry-entry terbaru..maklum lah,tahun ni kan aku akan menduduki peperiksaan SPM..kalau ingatkan pasal exam yang aku akan tempuhi dalam 9 bulan lagi..seram sejuk rasa..minggu ni pun aku tengah exam sebenarnya,tetapi aku mengambil sedikit masa untuk update blog ini..sebab lama sangat dah aku tidak ambil peduli pada blog aku ni..masa 18/1/2011 baru-baru ni aku kena masuk wad..huhu..dugaan awal-awal tahun..nak buat macam mana,terpaksa terima lah takdir ni..nak dekat 2 minggu aku tidak hadir ke sekolah..nanti di entry lain laa aku cerita detik2 aku di wad dan kenapa aku kena masuk wad..kalau nak cerita kat sini banyak sangat ..

kenapa aku tulis tajuk fizik,kimia,biolagy?sebanarnya 3 subjek ni laa yang sering buat aku gementar dan berdebar..subjek2 ni laa yang sering membuatkan pelajar2 aliran sains tulen akan alami perasaan :sejuk tangan:hehe..satu lagi subjek addmaths..tadi baru aku telah menghadapi exam addmaths..fuh,nak "tercabut otak" bak kata kawan2 aku..hehe..aku jawab jer macam mana pun..belasah jer..haha..tapi.cikgu aku kata sape yang fail akan dapat 2 rotan..huhu..terima jer laa...kawan2 aku siap kata la"aku sedia doh tangan nak kena rotan.haha"...aku harap dalam masa 9 bulan ni sempat laa aku buat ulangkaji semua subjek..aku nak dapat straight a"s..sekiranya tak dapat 10 a pun..sekurang-kurangnya 7a..ameen..doakan aku yer..

kalau exam masa menengah aas ni,2 minggu..bagi yang ambil subjek banyak ar..mana taknya fizik 3 paper,bio 3 paper,kimia 3 paper..huhu.,tambah subjek lain lagi..tu laa yang jadi banyak hari tu..okey ar aku mahu stop di sini dahulu..kalau ada masa aku update yang lain pulak..doakan kejayaan aku..amin..
                                                                                                                                        salam ingatan
                                                                                                                                           aqila..

Wednesday

72 jam lagi..

Assalamualaikum semua..
            How are you today?i hope all of you will be in the good conditions..erm.sekolah!sekolah!sekolah!perkataan yang semakin kita kerap dengar pada saat ini...hanya tinggal 3 hari lagi..oh..malasnya rasa..tetapi,perasaan malas itu kita harus menolak ke tepi terlebih dahulu..kerana kita sebagai seorang pelajar,tugas kita adalah untuk menuntut ilmu je..kalau budak yang tinggal di asrama tu,mesti malas nak pergi kerana selama sebulan lebih dah mereka duduk di rumah..mesti mula-mula tu rasa sedih juga untuk meninggalkan rumah..slogan "rumahku,syurgaku" mesti terpahat kukuh di minda seseorang..so,kepada semua pelajar asrama ,selamat kembali ke "rumah kedua" ye..jalani kehidupan sebagai seorang pelajar asrama dengan baik..mujurlah,aku tidak tinggal di hostel..kalau tidak.mesti "sedih" juga..berdasarkan pengalaman menjadi budak asrama selama 4 bulan..hehe..

Beg sekolah,kasut sekolah,baju sekolah,peralatan sekolah semuanya telah ada..tunggu saat nak pakai je lagi..huhu.pada tahun baru ini,aku mahu memasang azam baru..tak nak main-main lagi..mesti tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran..cheewah..haha..harap-harap menjadi laa..ameen..setahun je lagi,aku boleh memakai baju sekolah kerana tahun depan merupakan tahun terakhir,aku menjadi seorang pelajar..sedihnya..macam mana ye perasaan nanti selepas tamat menghabiskan zaman persekolahan..tak sanggup  rasa..tetapi,tidak mengapa nak buat macam mana ,tempuhi je laa walau bagaimana cara sekali pun..













tahun depan,aku mesti pulang dari sekolah pada waktu petang kerana perlu mengikuti kelas tambahan..yer laa,dah form 5 ..mesti cikgu-cikgu sibuk mengadakan kelas-kelas tambahan..untuk melihat kejayaan anak2 didiknya..tetapi,pelik kadang-kadang cikgu pula yang lebih bersemangat,murid2 buat tidak hirau je..apelah..tetapi,tidak semua murid begitu..hanya segelintir je..erm,aku rasa setakat ini dululah aku update blog ni,kalau panjang umur,lain masa laa pula aku memasukkan entry baru pula..ok,salam..

Sunday

Gabungan menjadi satu........

Assalamualaikum semua...
            Syukur ke hadrat ilahi kerana Allah swt masih memanjangkan lagi usia kita ini untuk terus bernyawa di bumi yang indah ini..alhamdulillah...syukur kerana kita berada di negara yang harmoni bebas daripada peperangan,letupan bom,kekurangan makanan,atau apa-apa yang membahayakan kita..oleh itu,kita mestilah sentiasa mengingatiNya dengan sentiasa melakukan ibadat wajib dan ibadat sunat..contohnya,sembahyang sunat,sentiasa berzikir,membaca al-quran..solat lima waktu tu memang wajib laa kita lakukan..jika kita tidak melaksanakan amal ibadat,apa faedahnya Allah memberi kita hidup..tujuan kita hidup adalah untuk terus beramal kepadaNya..pesanan ini aku tujukan juga untukku sebagai insan yang lemah dan kerdil di sisiNya..YA ALLAH ,permudahkanlah segala urusanku dan bantulah aku ini hambamu yang lemah lagi hina ini..ameen..maaflah biasanya tajuk yang sering aku tulis itu sentiasa tidak sesuai dengan apa isi kandungannya kerana aku tidak pandai mana dalam memberi tajuk ini..hehe..apa-apapun aku mahu tulis juga..erm,cuti sekolah memang mahu ke penghujungnya sangat dah..kita semua haruslah kembali ke sekolah hanya dalam beberapa hari lagi..huhu..sedihnya..rasa mahu memutar kembali masa yang lepas..kalau boleh putar masa kan best,akanku putar dengan sehabis daya..hehe..kuat berimaginasi betul laa..kalaulah boleh putar waktu,aku akan putar kembali zaman kanak-kanak balik..zaman darjah satu,zaman tidak tahu apa-apa..


zaman ketika perasaan mahu membeli mainan,baju gaun,,haha..aku ingat lagi waktu dulu-dulu ,setap kali pergi ke pusat membeli belah mesti pergi "melawat" je dekat bahagian anak patung ke,apa-apa je laa.tetapi sekarang ni walaupun nampak pelbagai anak patung yang cantik-cantik pun ,perasaan ingin membeli tu semakin pudar dah..ini bermaksud,tahap umur kita tidak terlalu menyukai dah benda-benda tersebut..tetapi,kadang-kadang tu,teruja juga tengik sekiranya benda-benda tersebut cantik sangat..erm,bestnya masa kecil-kecil dahulu..aku ni melalut dah ni tetapi tidak mengapa kerana mengimbau kenangan manis waktu kecil2 dahulu..stop sini laa dulu,cerita zaman kanak-kanak tu,kalau mahu tulis semua,memang tidak habis "sokmo" laa..hehe..

jika sekolah mahu buka dah,ini bermakna aku boleh tengok internet kadang-kadang je laa ..melainkan ingin membuat kerja yang bersangkut-paut dengan internet..adik2 aku pun "diwajibkan" pulang ke rumah kedua mereka dah laa iaitu hostel..haha..aktiviti berebut broadband pun agaknya tidak akan berlaku dah..kerana hanya tinggal umi,aboh,aku dan seorang je adik aku dekat rumah..rumah pun kembali sunyi..hehe..aku rasa mesti tidak sempat dah aku nak menghadap internet ni,maklumlah tahun depan sudah form five..mesti asyik disurah membaca je..huhu..seramnya aku apabila teringat pada SPM..oh spm,kenapa engkau cepat memunculkan diri..aku tidak mahu lagi terima kamu..nak buat macam mana..macam laa spm tu dengar sangat apa yang aku kata..hehe..okey laa ,sampai sini je laa dulu..assalamualaikum..

                                                                                                                               salam sayang,
                                                                                                                                aqila...=)

Friday

New entry..

Assalamualaikum semua...
        Apa khabar semua?semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t selalu dan sentiasa di bawah perlindungannya..terlebih dahulu,aku ingin memohon beribu kemaafan kepada anda semua kerana beberapa hari sudah tidak mengupdate blog ini..maklumlah masa tidak mengizinkan..pada 23.12.2010,keputusan peperiksaaan PMR telah diumumkan..kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat apa yang diinginkan ,mestilah seronok..dan kepada yang tidak berjaya itu janganlah berputus asa kerana banyak lagi peperiksaan yang akan kita tempuhi..aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat straight a"s..termasuklah sya izz..dan kepada kakak mierah,teruskan usahamu itu..aku tahu kamu telah berusaha dengan sebaik mungkin,dan hanya ini rezeki kita..kerana aku pun mempunyai pengalaman ini..huhu..emosi pula aku ni..haha,suka laa pula..tidak mau ingat dah peristiwa sedih tersebut..
oh ya,hanya tinggal beberapa lagi cuti sekolah..dan sesi persekolahan yang baru pula akan memunculkan diri..hehe,semua orang telah bersedia ke?kalau aku?nanti laa aku tanya hati aku dulu,sudah bersedia ke belum untuk menempuhi peperiksaan besar ini iaitu SPM ..harap-harap kebahagiaan laa yang akan memunculkan diri,jangan lah kekecewaan pula yang akan menjelma..amin..nampaknya,semakin susah laa aku ingin mengupdate blog ini nanti..tetapi,tidak mengapa jika ada waktu terluang,insya-Allah,aku pasti menjenguk
@memasukkan entry baru ke blogku ini..
erm,telah beberapa kali sudah aku menukar layout blog aku ini..asyik tidak berpuas hati je..kadangkala aku menjadi rambang mata melihat pelbagai jenis layout yang memang sangat cantik and very attractive..layout ini ,aku tidak ingat kali ke berapa sudah aku pilih..biarlah tidak cantik pun bagi kamu semua melihatnya..tetapi,bagi aku ianya sudah cantik..hehe..perasan..so,rajin-rajinlah menjenguk blog aku ini..kepada sesiapa yang telah terbaca ataupun memang sengaja membaca blog aku ini,diharap follow lah yer..(kepada yang tidak follow lagi laa)..terima kasih aku ucapkann ..aku rasa hanya setakat ini dahululah aku tulis..insya-Allah kalau panjang umur,aku update lagi..okey..salam..                                                                                                                                     salam sayang,  aqila..