BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday

72 jam lagi..

Assalamualaikum semua..
            How are you today?i hope all of you will be in the good conditions..erm.sekolah!sekolah!sekolah!perkataan yang semakin kita kerap dengar pada saat ini...hanya tinggal 3 hari lagi..oh..malasnya rasa..tetapi,perasaan malas itu kita harus menolak ke tepi terlebih dahulu..kerana kita sebagai seorang pelajar,tugas kita adalah untuk menuntut ilmu je..kalau budak yang tinggal di asrama tu,mesti malas nak pergi kerana selama sebulan lebih dah mereka duduk di rumah..mesti mula-mula tu rasa sedih juga untuk meninggalkan rumah..slogan "rumahku,syurgaku" mesti terpahat kukuh di minda seseorang..so,kepada semua pelajar asrama ,selamat kembali ke "rumah kedua" ye..jalani kehidupan sebagai seorang pelajar asrama dengan baik..mujurlah,aku tidak tinggal di hostel..kalau tidak.mesti "sedih" juga..berdasarkan pengalaman menjadi budak asrama selama 4 bulan..hehe..

Beg sekolah,kasut sekolah,baju sekolah,peralatan sekolah semuanya telah ada..tunggu saat nak pakai je lagi..huhu.pada tahun baru ini,aku mahu memasang azam baru..tak nak main-main lagi..mesti tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran..cheewah..haha..harap-harap menjadi laa..ameen..setahun je lagi,aku boleh memakai baju sekolah kerana tahun depan merupakan tahun terakhir,aku menjadi seorang pelajar..sedihnya..macam mana ye perasaan nanti selepas tamat menghabiskan zaman persekolahan..tak sanggup  rasa..tetapi,tidak mengapa nak buat macam mana ,tempuhi je laa walau bagaimana cara sekali pun..













tahun depan,aku mesti pulang dari sekolah pada waktu petang kerana perlu mengikuti kelas tambahan..yer laa,dah form 5 ..mesti cikgu-cikgu sibuk mengadakan kelas-kelas tambahan..untuk melihat kejayaan anak2 didiknya..tetapi,pelik kadang-kadang cikgu pula yang lebih bersemangat,murid2 buat tidak hirau je..apelah..tetapi,tidak semua murid begitu..hanya segelintir je..erm,aku rasa setakat ini dululah aku update blog ni,kalau panjang umur,lain masa laa pula aku memasukkan entry baru pula..ok,salam..

Sunday

Gabungan menjadi satu........

Assalamualaikum semua...
            Syukur ke hadrat ilahi kerana Allah swt masih memanjangkan lagi usia kita ini untuk terus bernyawa di bumi yang indah ini..alhamdulillah...syukur kerana kita berada di negara yang harmoni bebas daripada peperangan,letupan bom,kekurangan makanan,atau apa-apa yang membahayakan kita..oleh itu,kita mestilah sentiasa mengingatiNya dengan sentiasa melakukan ibadat wajib dan ibadat sunat..contohnya,sembahyang sunat,sentiasa berzikir,membaca al-quran..solat lima waktu tu memang wajib laa kita lakukan..jika kita tidak melaksanakan amal ibadat,apa faedahnya Allah memberi kita hidup..tujuan kita hidup adalah untuk terus beramal kepadaNya..pesanan ini aku tujukan juga untukku sebagai insan yang lemah dan kerdil di sisiNya..YA ALLAH ,permudahkanlah segala urusanku dan bantulah aku ini hambamu yang lemah lagi hina ini..ameen..maaflah biasanya tajuk yang sering aku tulis itu sentiasa tidak sesuai dengan apa isi kandungannya kerana aku tidak pandai mana dalam memberi tajuk ini..hehe..apa-apapun aku mahu tulis juga..erm,cuti sekolah memang mahu ke penghujungnya sangat dah..kita semua haruslah kembali ke sekolah hanya dalam beberapa hari lagi..huhu..sedihnya..rasa mahu memutar kembali masa yang lepas..kalau boleh putar masa kan best,akanku putar dengan sehabis daya..hehe..kuat berimaginasi betul laa..kalaulah boleh putar waktu,aku akan putar kembali zaman kanak-kanak balik..zaman darjah satu,zaman tidak tahu apa-apa..


zaman ketika perasaan mahu membeli mainan,baju gaun,,haha..aku ingat lagi waktu dulu-dulu ,setap kali pergi ke pusat membeli belah mesti pergi "melawat" je dekat bahagian anak patung ke,apa-apa je laa.tetapi sekarang ni walaupun nampak pelbagai anak patung yang cantik-cantik pun ,perasaan ingin membeli tu semakin pudar dah..ini bermaksud,tahap umur kita tidak terlalu menyukai dah benda-benda tersebut..tetapi,kadang-kadang tu,teruja juga tengik sekiranya benda-benda tersebut cantik sangat..erm,bestnya masa kecil-kecil dahulu..aku ni melalut dah ni tetapi tidak mengapa kerana mengimbau kenangan manis waktu kecil2 dahulu..stop sini laa dulu,cerita zaman kanak-kanak tu,kalau mahu tulis semua,memang tidak habis "sokmo" laa..hehe..

jika sekolah mahu buka dah,ini bermakna aku boleh tengok internet kadang-kadang je laa ..melainkan ingin membuat kerja yang bersangkut-paut dengan internet..adik2 aku pun "diwajibkan" pulang ke rumah kedua mereka dah laa iaitu hostel..haha..aktiviti berebut broadband pun agaknya tidak akan berlaku dah..kerana hanya tinggal umi,aboh,aku dan seorang je adik aku dekat rumah..rumah pun kembali sunyi..hehe..aku rasa mesti tidak sempat dah aku nak menghadap internet ni,maklumlah tahun depan sudah form five..mesti asyik disurah membaca je..huhu..seramnya aku apabila teringat pada SPM..oh spm,kenapa engkau cepat memunculkan diri..aku tidak mahu lagi terima kamu..nak buat macam mana..macam laa spm tu dengar sangat apa yang aku kata..hehe..okey laa ,sampai sini je laa dulu..assalamualaikum..

                                                                                                                               salam sayang,
                                                                                                                                aqila...=)

Friday

New entry..

Assalamualaikum semua...
        Apa khabar semua?semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t selalu dan sentiasa di bawah perlindungannya..terlebih dahulu,aku ingin memohon beribu kemaafan kepada anda semua kerana beberapa hari sudah tidak mengupdate blog ini..maklumlah masa tidak mengizinkan..pada 23.12.2010,keputusan peperiksaaan PMR telah diumumkan..kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat apa yang diinginkan ,mestilah seronok..dan kepada yang tidak berjaya itu janganlah berputus asa kerana banyak lagi peperiksaan yang akan kita tempuhi..aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat straight a"s..termasuklah sya izz..dan kepada kakak mierah,teruskan usahamu itu..aku tahu kamu telah berusaha dengan sebaik mungkin,dan hanya ini rezeki kita..kerana aku pun mempunyai pengalaman ini..huhu..emosi pula aku ni..haha,suka laa pula..tidak mau ingat dah peristiwa sedih tersebut..
oh ya,hanya tinggal beberapa lagi cuti sekolah..dan sesi persekolahan yang baru pula akan memunculkan diri..hehe,semua orang telah bersedia ke?kalau aku?nanti laa aku tanya hati aku dulu,sudah bersedia ke belum untuk menempuhi peperiksaan besar ini iaitu SPM ..harap-harap kebahagiaan laa yang akan memunculkan diri,jangan lah kekecewaan pula yang akan menjelma..amin..nampaknya,semakin susah laa aku ingin mengupdate blog ini nanti..tetapi,tidak mengapa jika ada waktu terluang,insya-Allah,aku pasti menjenguk
@memasukkan entry baru ke blogku ini..
erm,telah beberapa kali sudah aku menukar layout blog aku ini..asyik tidak berpuas hati je..kadangkala aku menjadi rambang mata melihat pelbagai jenis layout yang memang sangat cantik and very attractive..layout ini ,aku tidak ingat kali ke berapa sudah aku pilih..biarlah tidak cantik pun bagi kamu semua melihatnya..tetapi,bagi aku ianya sudah cantik..hehe..perasan..so,rajin-rajinlah menjenguk blog aku ini..kepada sesiapa yang telah terbaca ataupun memang sengaja membaca blog aku ini,diharap follow lah yer..(kepada yang tidak follow lagi laa)..terima kasih aku ucapkann ..aku rasa hanya setakat ini dahululah aku tulis..insya-Allah kalau panjang umur,aku update lagi..okey..salam..                                                                                                                                     salam sayang,  aqila..         

Sunday

Ragam masa buka sekolah

      Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua?semoga kamu semua sentiasa dirahmati Allah selalu..huh,nak buka sekolah dah..oh,tidak!!sekajap jer rasa cuti..pejam celik,pejam celik akhirnya tempoh cuti sekolah sudah mahu ke penghujungnya dah..huhu..biasa kalu nak buka sekolah ni,ibu2 bapa2 memang sibuk ar..duit2 memang banyak diperlukan lar masa ni..haha..dengan kene jahit baju sekolah anak,beli beg,kasut sekolah,peralatan menulis lar..macam2 lagi ar..memang banyak ar bajet diperlukan..huhu..anak2 pun kalu mahu jer buka sekolah mesti nak beli benda baru semua..padahal benda tahun lepas masih elok lagi,boleh guna lagi..memang tabiat lar..masuk tahun baru,mahu barang baru..azam baru payah pulok nk laksanakan..haha..walaupun niat dah tak mau beli benda baru dan mahu guna benda tahun lepas ..(kalu masih elok ar)contohnya,beg sekolah ke,kasut ke..lepas tu,pergi kedai..tengok pelbagai jenis,warna ataupun design yg cantik2..mulelah nak tergoda..haha...niat tak mahu beli tu mula terpadam dengan perlahannya..hehe..aduhai..kita mestilah mengelakkan diri kita daripada sikap suka membazir ni..pesanan ini aku tujukan buat diriku jugak..haha..kesian lar ke ibu bapa kita jugak..penat lelah mencari duit untuk memenuhi keperluan kita ni..tetapi,mereka tak kisah pun berhabis duit,asalkan kita belajar dengan bersungguh-sungguh..harapan mereka hanya satu iaitu mahu melihat kita berjaya dengan cemerlang di dalam hidup..so,pengajarannya ialah kita mestilah belajar bersungguh-sungguh dan penuhilah impian ibu bapa kita itu..insya-Allah..ameen..ok lah,stop sini dulu..assalamualaikum..

Wednesday

update2..

Salam semua..
  Huh,setelah menunggu giliran aku utk mendapat broadband ini dari adik3 aku,akhirnya boleh juga aku update blog ini..aku rasa rindu untuk update blog ni..so,terpaksalah aku menunggu giliran untuk guna internet ni walaupun sudah larut malam..haha..susah gok guna broaband ni sebab kene gilir masa dengan family yg lain..kalu guna wireless kan best ,senang sikit ..tak payah lar duk berebut..herm.ape2 pun..syukur gok lar ada broadband ni kalu tak guna internet langsung..lagi la haru.. malam ni.datuk dan nenek aku yg tinggal di Pasir Puteh tidur rumah aku..best ar..bukannya senang mereka nak tidur rumah anak2..biasa lar,org tua kan dia suka duduk rumah dia jer..erm.,kepada pelajar spm.,mereka boleh merdeka doh kerana telah habis exam  setelah berjuang dalam menghadapi peperiksaan selama beberapa minggu..hehe..nampaknya,aku dan bakal2 calon spm thun depan pula lah yg akan berjuang habis-habisan untuk mendapat keputusan yg cemerlang kelak..so,kalu ada buku2 ulangkaji yg tidak bersentuh lagi tu,harap2 guna lah..pesanan ni aku tujukan utk diri aku jgk ..mana tahu,kot2 tak perasan yg ada buku belum "disentuh" lagi..haha..kene check semula ar ni..okey ar..tak tau nak tulis apa lagi..ok ..assalamualaikum..

Tuesday

Salam Maal Hijrah..

   Assalamualaikum semua..
     Hari ini merupakan satu muharram,1432 hijrah..jadi,dikesempatan ini aku ingin mengucapkan salam maalhijrah kepada semua..semoga kita mendapat kerahmatan dan keberkatan drpd Allah swt pada thn baru yg tlh menjelma ini..hehe..so,aku harap kita semua akn melakukan kebaikan berbanding thn2 yg lepas..ameen..tanamkan di dlm diri masing2 dgn azam yg baik..tak kira azam ape pun..nak berjaya dlm exam ke,nak buang tabiat menghadap internet 24 jam ke,nk jadi sorang ank yg baik ke,atau ape2 jer..aku pun ingin berubah gok..hehe..urm,spm!spm!spm!telah memanggilku tetapi aku tidak bersedia lagi utk mghadapi saat2 itu..huhu..nak buat mcm mana ni??hua2..nampaknya aku mesti berusaha dgn keras untuk mencapai apa yg diidamkan tu..oh lupa,hari ini juga telah cukup setahun pemergian nenek aku yg aku panggil dgn panggilan "wo" ke rahmatullah..semoga arwah wo ditempatkan di kalangan org yg beriman..al-fatihah..arwah meningggal pada 1 muharram thn lepas,18/12/2009,pada pg jumaat..erm,debarnya rasa ..dah lar subjek form4 aku tak khatam dgn sepenuhnya lagi..adui..tapi tkpe,kalu kita rajin senang jer..hehe..insya-allah..kalu malas gok nak buat macam mana lagi..so,pengajarannya ialah kia mestilah berusaha dgn gigih jika mahu berjaya..huhu..aku ni tulis pandai,tapi nak praktis sendiri tu rasa mcm susuh jgk..haha..apa la Aqila2..herm,mudah-mudahan aku menjadi seorang pelajar yg rajin pada thn baru ni..insya-allah..ameen..

Monday

keletah kanak2...

  Assalamualaikum semua..
              Apa khabar semua?sihat?aku harap kamu semua sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga tersayang pada waktu cuti ni..gunalah masa anda semua dengan melaukan perkara yg berfaedah..kalau sesiapa yg ingin bercuti tu,aku ucapkan selamat bercuti dan jaga diri  masa bercuti tu..hehe..urm,seronoknya kalau pergi bercuti..family aku tak tau lagi nak pergi bercuti di mana..huhu..harap2 jadi la hak dirancang tu..ameen..semalam,sepupuku iaitu kak nun sekeluarga bermalam di rumah aku..best ar,ramai-ramai gini..macam2 keletah ank2 kak Nun iaitu Dini n Dina..urm,tapi ape2 pun mmg best ar..tapi,sekarang ni mereka dah balik..huhu..mlm tu kita orang tidur lewat ar sebab duk cakap2,menonton televisyen sambil mkn kuaci..haha..lepas satu cerita ke satu cerita habis kita org tgk..hehe..sukakan ramai2 mcm ni..hehe..esok,pak cik dan mak cik aku yg tinggal di Kuantan akn pulang ke rumahnya setelah pergi menunaikan haji..Insya-Allah keluarga aku akn pergi menziarahi mereka..herm,kejap agi kene sambung study pulok..huhu..ni pun duk berebut broadband dgn adik3..huhu..geram betul..nak tulis banyak2 tak leh..huhu..adik3 aku ada fb lake..sokmo duk berebut nk tengok..huhu,,okey ar..ada org duk tunggu nk guna broadband pulok..geram lar..k ar..assalamualaikum..

Saturday

Sudah sekian lama..

                     Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua?aku harap kamu semua sentiasa dirahmati Allah swt dan berada di bawah perlindunganNya selalu..ameen..terlebih dahulu,aku ingin memohon maaf kepada anda semua yg rajin mengunjungi blog aku ni kerana sudah beberapa hari aku tidak mengupdate blog ni.. hari ini,baru berkesempatan..hehe..sekarang ni,selalu kita tengok cuaca sentiasa mendung dan hujan..sekarang musim hujan dah lar..tapi takpe lah kerana hujan kan membawa seribu rahmat kepada kia semua..so,kita mestilah bersyukur dengan rahmat Allah ini..pada 1 hari bulan 12 baru-baru ini,umurku telah cukup 16 tahun..Ya Allah,aku bersyukur kepadamu kerana telah memanjangkan umurku ini untuk terus beribadat kepadamu..hmm,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yg wish ke aku especially aboh,umi,adik2 aku..kwn2 aku ,kakak mirah and others..tq all..emm,hari tu family aku gi celebrate di sesuatu tempat yg agak istimewa lar jgk,.tq umi n aboh..tua dh lar aku..huhu..ini bermkna tahun depan aku akn menghadapi SPM..doakan kejayaan aku..tapi,umi aku telah meyediakan jadual belajar utk aku n adik2 aku sepanjang waktu cuti ni..huhu..mesti ikut n patuhi lar jawabnya..tapi, bagus gok kalau tidak tak tau plok nak study hak mana se..tq umi..hehe..hmm,tak tau nk tulis bende agi ar..okey ar,aku stop sini dulu.ada masa aku tulis lagi..insya-Allah..assalamualaikum..