BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday

Gabungan menjadi satu........

Assalamualaikum semua...
            Syukur ke hadrat ilahi kerana Allah swt masih memanjangkan lagi usia kita ini untuk terus bernyawa di bumi yang indah ini..alhamdulillah...syukur kerana kita berada di negara yang harmoni bebas daripada peperangan,letupan bom,kekurangan makanan,atau apa-apa yang membahayakan kita..oleh itu,kita mestilah sentiasa mengingatiNya dengan sentiasa melakukan ibadat wajib dan ibadat sunat..contohnya,sembahyang sunat,sentiasa berzikir,membaca al-quran..solat lima waktu tu memang wajib laa kita lakukan..jika kita tidak melaksanakan amal ibadat,apa faedahnya Allah memberi kita hidup..tujuan kita hidup adalah untuk terus beramal kepadaNya..pesanan ini aku tujukan juga untukku sebagai insan yang lemah dan kerdil di sisiNya..YA ALLAH ,permudahkanlah segala urusanku dan bantulah aku ini hambamu yang lemah lagi hina ini..ameen..maaflah biasanya tajuk yang sering aku tulis itu sentiasa tidak sesuai dengan apa isi kandungannya kerana aku tidak pandai mana dalam memberi tajuk ini..hehe..apa-apapun aku mahu tulis juga..erm,cuti sekolah memang mahu ke penghujungnya sangat dah..kita semua haruslah kembali ke sekolah hanya dalam beberapa hari lagi..huhu..sedihnya..rasa mahu memutar kembali masa yang lepas..kalau boleh putar masa kan best,akanku putar dengan sehabis daya..hehe..kuat berimaginasi betul laa..kalaulah boleh putar waktu,aku akan putar kembali zaman kanak-kanak balik..zaman darjah satu,zaman tidak tahu apa-apa..


zaman ketika perasaan mahu membeli mainan,baju gaun,,haha..aku ingat lagi waktu dulu-dulu ,setap kali pergi ke pusat membeli belah mesti pergi "melawat" je dekat bahagian anak patung ke,apa-apa je laa.tetapi sekarang ni walaupun nampak pelbagai anak patung yang cantik-cantik pun ,perasaan ingin membeli tu semakin pudar dah..ini bermaksud,tahap umur kita tidak terlalu menyukai dah benda-benda tersebut..tetapi,kadang-kadang tu,teruja juga tengik sekiranya benda-benda tersebut cantik sangat..erm,bestnya masa kecil-kecil dahulu..aku ni melalut dah ni tetapi tidak mengapa kerana mengimbau kenangan manis waktu kecil2 dahulu..stop sini laa dulu,cerita zaman kanak-kanak tu,kalau mahu tulis semua,memang tidak habis "sokmo" laa..hehe..

jika sekolah mahu buka dah,ini bermakna aku boleh tengok internet kadang-kadang je laa ..melainkan ingin membuat kerja yang bersangkut-paut dengan internet..adik2 aku pun "diwajibkan" pulang ke rumah kedua mereka dah laa iaitu hostel..haha..aktiviti berebut broadband pun agaknya tidak akan berlaku dah..kerana hanya tinggal umi,aboh,aku dan seorang je adik aku dekat rumah..rumah pun kembali sunyi..hehe..aku rasa mesti tidak sempat dah aku nak menghadap internet ni,maklumlah tahun depan sudah form five..mesti asyik disurah membaca je..huhu..seramnya aku apabila teringat pada SPM..oh spm,kenapa engkau cepat memunculkan diri..aku tidak mahu lagi terima kamu..nak buat macam mana..macam laa spm tu dengar sangat apa yang aku kata..hehe..okey laa ,sampai sini je laa dulu..assalamualaikum..

                                                                                                                               salam sayang,
                                                                                                                                aqila...=)

0 comments: